About

Thursday, November 15, 2012

The Ones - Mat Kubing


Assalamulaikum, salam sejahtera kepada pembaca dan salam 1malaysia.
Reban Serama Mat Awang (SMA) memperkenalkan 'Mat Kubing'
 iaitu ayam jagaan pertama mat dalam kali pertamanya menjejakkan kaki dalam 
dunia serama ini. Selama hidup mat tidak terlintas di dalam fikiran
untuk memelihara ayam. Malahan mat pula adalah orang yang tidak sukakan haiwan sebenarnya.
Bak kata orang '''kita merancang, tuhan tentukan'''.
Mat kubing di pilih dan di ambil mat di antara 6 beradiknya iaitu 1 induk 5 jantan
semasa berumur 1 setengah bulan.

{3/4 bulan}
Ayam yang manja dan pandai bergaya sejak remaja lagi. Mat kubing adalah 
berdarah keturunan 'Mat Peach' sebenarnya. Pernah ditawarkan Rm2000 semasa
remaja oleh seorang kenalan lama arwah abah mat. Tapi mat tolak disebabkan masa tu niat mat
 bela ayam ni kerana nak jaga peninggalan arwah abah.
Di bawah ni gambar Mat Kubing semasa remaja.
Thank You