About

Thursday, December 13, 2012

Waris Mat Awe D


Assalamualaikum, salam sejahtera pembaca dan salam "peace' Malaysia.
Mohon maaf kepada pembaca sekalian disebabkan Mat kurang aktif ''blogging'' pada 
bulan ini. Laptop Mat ada masalah sikit itu pasal tak boleh nak ''post''.
Sebelum Mat bercerita pasal ayam SMA ni. Kita bercerita dulu pasal 
'''Malaysia Vs Thailand'''
Apa pendapat anda semua tentang perlawanan ni. Bagi kita sebagai rakyat malaysia
mesti lah sokong pasukan negara sendiri kan. ( tau doh p tnyo lagih,huhuk )
Bagi pendapat mat jika tengok kepada ''score'' perlawanan, peluang antara pasukan masing-masing untuk menang ialah 50-50 %. Tapi malangnya kelebihan berpihak kepada 
Thailand sekarang ni sebab perlawanan kedua di Thailand. Jadi peratusan
perlawanan Malaysia(40)- Thailand(60). ( pendapat jah ni boh )
Oppps, sabar dulu jangan cepat marah, itu hanya peratusan perlawanan. 
''score'' perlawanan mat anggarkan Malaysia(2)-(1)Thailand.
'''Gomo Malaysia Gomo'''

Okk, Kita berbalik pada cerita ayam pulak. Catatan kali ini SMA nak tunjukkan 
salah seekor anak Mat Awe D iaitu Mat Awe Mudo. Ayam yang sangat cantik masa kecil lagi. Tapi malangnya sekarang ini Mat Awe Mudo dah jadi cacat disebabkan kesilapan 
mat sendiri. Masa remaja ayam ni ada masalah ekor yang 'senget'.

Monday, November 19, 2012

Check This Out!! FOR SALE!!!


Serama Mat Awang
Jln Pasir Hor, Batu4, Kota Bharu
017-9881941
http://www.facebook.com/SeramaMatAwang

Assalamualaikum, salam sejahtera semua dan salam 1malaysia.
JUALAN, JUALAN, JUALAN.
SMA ada seekor serama ''boy'' untuk dijual.
Jadi sesiapa yang berminat boleh 'jenguk' tengok la gambar-gambar di bawah.


''Baka Mat Peach''
''Adik Mat Kubing''

''Original Form''
''Ayam Muda''

''Harga Buka Rm1900''
(serius buyer only-hargo buleh ngejah)

Jadi, kepada yang berminat tu. Anda boleh lah 'colling2' atau sms Mat. 
Setiap rupa bentuk ayam di atas adalah original.
SMA  mementingkan kualiti kecantikan ayam serama.

ThankYou





Friday, November 16, 2012

Dalam Kenangan

[gambar masa remaja]

Assalamualaikum, salam sejahtera pembaca dan salam 1malaysia.
Antara serama-serama SMA (serama mat awang) yang telah 
di curi pada 28 oktober 2012. Jadi, mat nak ingatkan kepada '''breeder''' di luar
sana agar berhati-hati jika ingin membeli ayam. Pastikan ayam yang dibeli bukan ayam ''PANAS''.
[gambar semasa remaja- induk warna kuning emas]

 Selain itu, beringat-ingatlah kepada pencuri dan Dalangnya.
'''Doa orang teraniaya, akan dimakbul Allah'''
[gambar semasa remaja]

Jumlah keseluruhan ayam yang sempat dicuri 12 ekor iaitu
2 ekor induk dara kuning emas, 1 ekor jantan kuning emas lawi pedang, 
2 ekor induk kuning muda,  1ekor induk putih 'B', 1 ekor ara muda baka 'Mat Selam', 2 ekor jantan kubing timun baka 'Mat Peach', 2 ekor jantan manisan hangus, 
1 ekor jantan muda kuning merah baka 'Mat selam'.


Thursday, November 15, 2012

The Ones - Mat Kubing


Assalamulaikum, salam sejahtera kepada pembaca dan salam 1malaysia.
Reban Serama Mat Awang (SMA) memperkenalkan 'Mat Kubing'
 iaitu ayam jagaan pertama mat dalam kali pertamanya menjejakkan kaki dalam 
dunia serama ini. Selama hidup mat tidak terlintas di dalam fikiran
untuk memelihara ayam. Malahan mat pula adalah orang yang tidak sukakan haiwan sebenarnya.
Bak kata orang '''kita merancang, tuhan tentukan'''.
Mat kubing di pilih dan di ambil mat di antara 6 beradiknya iaitu 1 induk 5 jantan
semasa berumur 1 setengah bulan.

{3/4 bulan}
Ayam yang manja dan pandai bergaya sejak remaja lagi. Mat kubing adalah 
berdarah keturunan 'Mat Peach' sebenarnya. Pernah ditawarkan Rm2000 semasa
remaja oleh seorang kenalan lama arwah abah mat. Tapi mat tolak disebabkan masa tu niat mat
 bela ayam ni kerana nak jaga peninggalan arwah abah.
Di bawah ni gambar Mat Kubing semasa remaja.
Thank You

Saturday, November 3, 2012

Mydad Best Collection IV - "Mat Red Warrior"


Assalamualaikum, salam sejahtera kepada pembaca.
Kali ni Mat nak tunjukkan koleksi pembaka reban SMA iaitu "Mat Red Warrior"(tok abis2 na mydad best collection,xdok mugo laen kow)hahaha.
Sabo, sabo, jangan risau. Ini adalah catatan terakhir Mat pasal koleksi-koleksi dalam reban SMA ni
 (jange maro noh).
Mat red warrior ni adalah ayam yang baru dibeli arwah abah mat, (xdok dok baru mano pom) hahak itu cerita adik mat la. Mat tak pasti ayam ni dari baka apa.
 Tujuan arwah abah mat beli ayam ni sebab beliau cuba nak "create" baka sendiri iaitu "Full Red" atas hasil tangan beliau sendiri 
(oloh koya molek bunyi-0.001% la boh) . Walaupom kenyataannya dah ada baka ayam yang mempunyai warna merah penuh (kecuali ekor).hehehe

Macam susah kan. "impossible" (meimei).
Tapi kenyataannya bukan suatu yang mustahil bagi "Otai" yang dah bela ayam berpuluh tahun kan. Malangnya memang "impossible" dan peratusan bagi impian tu nak berjaya adalah 0.0001%. Disebabkan sekarang ni SMA belum dapat seekor pom lagi anak dari mat red warrior. Mungkin disebabkan masalah kesihatan arwah, jadi beliau kurang bagi jagaan baik (aye tino mandul tuh). Kesimpulannya kita tengoklah nanti cerita terbaru dari reban SMA.

Thank You

Sunday, October 28, 2012

Tragedi Oktober

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada pembaca.
Cobaan, cobaan, cobaan.
Itu lah perkataan yang keluar dari mulut Mat pada pagi hari raya ke-2 aidiladha iaitu 27 oktober 2012.
Dimana reban ayam SMA telah di 'robek' orang. Beberapa ayam serama Mat telah dicuri orang.
(sumber-yahoo image)
Betul lah kata orang "Malang tidak berbau". 
Bertambah malang pula apabila ayam yang dicuri itu adalah pembaka harapan dan induk dara SMA.(dugae tuhan nok wat gano) Hmmm, apakan daya jika ini yang Allah berikan. Mat redha ajelah (redho ko PASRAH) hahaha, mano-mano ajelah.
 Walaupom begitu, Mat masih bersemangat, masih lagi kuat, dan tak kan berputus asa. Mat anggap ini semua satu pengalaman baru "as a breeder". Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya dan apa yang berlaku tu adalah kerana salah Mat sendiri.
 (Meimei, demo pero aye sramo hargo ribu2 p gak gok aye hargo 2,3 riya jah)
HAHAHAHA
Walaupom ayam Mat kena curi, Mat masih ada lagi pembaka yang lain. SMA mempunyai 2 reban sebenarnya. ( tuu reban bapak hang, kan nye hang punyer ) ( srupo jah )
Jadi kesimpulannya, itu lah salah satu cabaran dan rintangan bagi "breeder" serama. 
Jadi disini Mat nasihatkan kepada "breeder" yang lain agar jaga lah ayam anda sebaik mungkin. 
Pastikan harga reban anda sama dengan harga ayam anda.

THANK YOU


Wednesday, October 24, 2012

Mydad Best Collection III - "Mat Awe D"

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada pembaca.
Catatan kali ini Mat nak tunjukkan koleksi Ke-3 ayam serama arwah abah Mat dalam tajuk "Mydad Best Collection III".
Si ayam serama ini adalah dari baka "Mat Selam" iaitu "Mat Awe D". Mat awe d ini salah satu pembaka utama di reban Serama Mat Awang (SMA). Mat  awe d ini boleh dikategorikan sebagai pengganti kepada Mat selam la (woris2).
Sebenarnya arwah abah Mat adalah salah seorang "otai" dalam dunia seni serama ini
dan agak dikenali dikalangan "breeder" dengan sifatnya & ayam serama nya.
Tapi malangnya, atas hal tertentu dan mempunyai masalah kesihatan ,
 beliau kurang menonjolkan diri dalam Pertandingan Serama.
(nok wat gano, puah nok buleyh ko tunggu tanding abis)
THANK YOU

Tuesday, October 23, 2012

Mydad Best Collection II

Assalamualaikum, salam sejahtera semua. 
Catatan kali ini, Mat nak kongsi "Mydad Best Collection II" kepada pembaca. Si ayam ni diberi nama "Mat Peach", ayam baka lawi pendek. Si "Mat Peach" adalah salah satu pembaka utama reban Mat. Koleksi ayam arwah abah Mat ni tak ada la "lawa" pom. 
Kalau nak lawan ayam serama 'otai' memang tak dapat la. Keistimewaan "Mat Peach" ni ialah sifatnya yang garang (bekeng boh). 
Mungkin "Mat Peach" ni keturunan 'darah tinggi' kot. kuikuikui
Ini pulak gambar terbaru "Mat Peach" setakat ni. Layan aje la gambar yang ada.
(laye la boh meta-chop angin meta)
Jadi itu sahaja untuk catatan kali ini,
sekian
THANK YOU

Monday, October 22, 2012

Mydad Best Collection

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Ini adalah "post" pertama SMA. 
Jadi SMA akan tunjukkan "ones of mydad best collection". 
Gambar ni sebenarnya arwah yang ambil. Nama ayam ni "Mat Selam"..kui..kui..kui..(takdok dok selam mano pom)hahaha.
Ni gambar masa zaman muda-muda dulu.
Gambar "seconds" ni pula adalah zaman ke-tuaan Mat selam(tuo pom gagoh boh).hahaha.
Tapi yang sedihnya Mat selam sekarang ni dah jadi "Legend" (maksudnyo mapos la tu boh).
Keturunan Mat selam setakat ni belum dikenal pasti lagi disebabkan "breeder" baru belum berpengalaman(tok reti nok kelih boh,srupo jah aye blakow)hahaha. 
THANK YOU

Salam Perkenalan

        Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua pembaca. Disini ingin saya(SMA) ucapkan salam perkenalan pembaca-pembaca sekalian. Sebenarnya saya baru lagi dalam "Blogging" jadi saya harap jika ada sebarang kesilapan dalam "blog" saya ni, harap-harap dimaafkan.
 Nama saya Mat Adi(nama samaran), saya berasal dari Kelantan Darul Naim. Misi saya dalam menghasilkan "blog" serama ini adalah untuk berkongsi ilmu serama. Diharapkan "blog" saya akan mendapat sambutan dan mendapat sokongan daripada "blogger" serama yang lain. Insyallah.