About

Sunday, October 28, 2012

Tragedi Oktober

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada pembaca.
Cobaan, cobaan, cobaan.
Itu lah perkataan yang keluar dari mulut Mat pada pagi hari raya ke-2 aidiladha iaitu 27 oktober 2012.
Dimana reban ayam SMA telah di 'robek' orang. Beberapa ayam serama Mat telah dicuri orang.
(sumber-yahoo image)
Betul lah kata orang "Malang tidak berbau". 
Bertambah malang pula apabila ayam yang dicuri itu adalah pembaka harapan dan induk dara SMA.(dugae tuhan nok wat gano) Hmmm, apakan daya jika ini yang Allah berikan. Mat redha ajelah (redho ko PASRAH) hahaha, mano-mano ajelah.
 Walaupom begitu, Mat masih bersemangat, masih lagi kuat, dan tak kan berputus asa. Mat anggap ini semua satu pengalaman baru "as a breeder". Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya dan apa yang berlaku tu adalah kerana salah Mat sendiri.
 (Meimei, demo pero aye sramo hargo ribu2 p gak gok aye hargo 2,3 riya jah)
HAHAHAHA
Walaupom ayam Mat kena curi, Mat masih ada lagi pembaka yang lain. SMA mempunyai 2 reban sebenarnya. ( tuu reban bapak hang, kan nye hang punyer ) ( srupo jah )
Jadi kesimpulannya, itu lah salah satu cabaran dan rintangan bagi "breeder" serama. 
Jadi disini Mat nasihatkan kepada "breeder" yang lain agar jaga lah ayam anda sebaik mungkin. 
Pastikan harga reban anda sama dengan harga ayam anda.

THANK YOU


Wednesday, October 24, 2012

Mydad Best Collection III - "Mat Awe D"

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada pembaca.
Catatan kali ini Mat nak tunjukkan koleksi Ke-3 ayam serama arwah abah Mat dalam tajuk "Mydad Best Collection III".
Si ayam serama ini adalah dari baka "Mat Selam" iaitu "Mat Awe D". Mat awe d ini salah satu pembaka utama di reban Serama Mat Awang (SMA). Mat  awe d ini boleh dikategorikan sebagai pengganti kepada Mat selam la (woris2).
Sebenarnya arwah abah Mat adalah salah seorang "otai" dalam dunia seni serama ini
dan agak dikenali dikalangan "breeder" dengan sifatnya & ayam serama nya.
Tapi malangnya, atas hal tertentu dan mempunyai masalah kesihatan ,
 beliau kurang menonjolkan diri dalam Pertandingan Serama.
(nok wat gano, puah nok buleyh ko tunggu tanding abis)
THANK YOU

Tuesday, October 23, 2012

Mydad Best Collection II

Assalamualaikum, salam sejahtera semua. 
Catatan kali ini, Mat nak kongsi "Mydad Best Collection II" kepada pembaca. Si ayam ni diberi nama "Mat Peach", ayam baka lawi pendek. Si "Mat Peach" adalah salah satu pembaka utama reban Mat. Koleksi ayam arwah abah Mat ni tak ada la "lawa" pom. 
Kalau nak lawan ayam serama 'otai' memang tak dapat la. Keistimewaan "Mat Peach" ni ialah sifatnya yang garang (bekeng boh). 
Mungkin "Mat Peach" ni keturunan 'darah tinggi' kot. kuikuikui
Ini pulak gambar terbaru "Mat Peach" setakat ni. Layan aje la gambar yang ada.
(laye la boh meta-chop angin meta)
Jadi itu sahaja untuk catatan kali ini,
sekian
THANK YOU

Monday, October 22, 2012

Mydad Best Collection

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Ini adalah "post" pertama SMA. 
Jadi SMA akan tunjukkan "ones of mydad best collection". 
Gambar ni sebenarnya arwah yang ambil. Nama ayam ni "Mat Selam"..kui..kui..kui..(takdok dok selam mano pom)hahaha.
Ni gambar masa zaman muda-muda dulu.
Gambar "seconds" ni pula adalah zaman ke-tuaan Mat selam(tuo pom gagoh boh).hahaha.
Tapi yang sedihnya Mat selam sekarang ni dah jadi "Legend" (maksudnyo mapos la tu boh).
Keturunan Mat selam setakat ni belum dikenal pasti lagi disebabkan "breeder" baru belum berpengalaman(tok reti nok kelih boh,srupo jah aye blakow)hahaha. 
THANK YOU

Salam Perkenalan

        Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua pembaca. Disini ingin saya(SMA) ucapkan salam perkenalan pembaca-pembaca sekalian. Sebenarnya saya baru lagi dalam "Blogging" jadi saya harap jika ada sebarang kesilapan dalam "blog" saya ni, harap-harap dimaafkan.
 Nama saya Mat Adi(nama samaran), saya berasal dari Kelantan Darul Naim. Misi saya dalam menghasilkan "blog" serama ini adalah untuk berkongsi ilmu serama. Diharapkan "blog" saya akan mendapat sambutan dan mendapat sokongan daripada "blogger" serama yang lain. Insyallah.